fbpx

Tiga individu direman bantu siasatan kes jumpa mayat wanita dalam gaung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT Meriammah ditemui dalam keadaan tertiarap bawah gaung di Kilometer 14, Jalan Lama Bukit Putus Seremban Kuala Pilah bulan lalu.

SEREMBAN – Dua lelaki dan seorang wanita ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes penemuan mayat seorang wanita yang dijumpai dalam gaung di Kilometer 14, Jalan Lama Bukit Putus Seremban Kuala Pilah di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, perintah reman terhadap suspek lelaki masing-masing berusia 41 dan 44 tahun serta seorang wanita berusia 18 tahun itu bermula hari ini hingga 29 Mac depan.

“Dua lelaki ditahan di sebuah rumah di Taman Nee Yan, Temiang di sini manakala wanita itu pula di ditahan di Jalan Persiaran Utama S, Seremban 2,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Nanda, mayat tersebut dipercayai rakyat tempatan dan pihak polis masih dalam proses mengesan pengenalan atau identiti tepat mangsa.

Semalam Kosmo! melaporkan, hasil laporan bedah siasat mayat tersebut telah dihantar ke Jabatan Kimia bagi mengesahkan punca kematian mangsa.

Nanda berkata, berdasarkan maklumat awal mangsa telah meninggal dunia antara empat ke lima hari dan identitinya sukar dikenal pasti berikutan keadaan mayat yang sudah mereput.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI