fbpx

Tun M dijangka tubuh Gerakan Pejuang Nasional?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster GPN yang tersebar luas di media sosial ketika ini.

PETALING JAYA – Pengerusi Pejuang, Tun Dr. Mahathir Mohamad dijangka akan wujudkan satu gabungan politik dikenali sebagai Gerakan Pejuang Nasional (GPN) dalam kalangan parti pembangkang.

Memetik laporan sebuah portal Edisi Siasat melaporkan GPN bakal terbentuk menerusi beberapa parti, parti-parti tersebut ialah Pejuang, Warisan, PPBM, Pas dan Gerakan.

Laporan tersebut juga menjelaskan parti-parti tersebut telah menunjukkan minat untuk menyertai GPN yang akan digerakkan oleh Dr. Mahathir.

GPN juga dikatakan akan disertai oleh beberapa tokoh politik seperti Tun Daim Zainudin dan Tan Sri Rafidah Aziz.

Namun dilaporkan beberapa parti dalam Pakatan Harapan (PH) seperti DAP, PKR, Amanah dan MUDA dijangka akan terus kekal dalam gabungan mereka.

“Sekiranya ini berlaku, maka dalam PRU 15 akan menyaksikan pertembungan sekurang-kurangnya tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), PH dan GPN.

“PH, gabungan antara DAP, PKR, PAN dan MUDA akan menumpukan perhatian kepada pengundi bukan Melayu.

“Manakala GPN, gabungan antara Pejuang, Warisan, PPBM, Pas, Gerakan dan Piagam Rakyat pula akan menumpukan perhatian kepada pengundi Melayu,” jelas laporan tersebut.

Kedua-dua gabungan ini iaitu GPN dan PH bagaimanapun akan bergabung untuk membentuk kerajaan sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI