fbpx

Wawa terharu dihadiahkan bangunan, sedih anak-anak terabai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAWA bersama suami dan anak-anak.

PETALING JAYA – Pelakon dan juga usahawan Wawa Zainal terharu selepas menerima hadiah berupa sebuah wisma bernilai RM3.2 juta daripada suaminya, Aeril Zafrel.

Ujar Wawa atau nama lengkapnya Nur Hawa Zainal Abidin, 31, berkata, sejak tahun 2016 lagi dia sudah menyimpan impian untuk memiliki wisma sendiri dan berasa gembira selepas impian tersebut tercapai.

“Sudah lama saya mengimpikan untuk memiliki wisma sendiri. Tidak sangka akhirnya impian ini dimakbulkan.

“Kalau difikirkan semula sebenarnya banyak dugaan dan rintangan yang sudah saya dan suami tempuhi,” katanya.

Ujar ibu kepada empat orang cahaya mata itu lagi, dia dan suami pernah diketawakan dan dihina pada awal perkahwinan mereka pada 2012.

“Malah ada yang cakap kami akan bercerai sbab orang ramai cakap ko akan hidup susah selepas ambil keputusan untuk berkahwin.

“Alhamdulillah, akhirnya kami dapat buktikan kami juga boleh berjaya. Kata-kata itu membuatkan kami kuat hingga sekarang,” katanya.

Menurut Wawa lagi, dia bangga dengan kejayaan dikecapi selain masih tidak percaya sudah memiliki wisma perniagaan sendiri.

Bangunan tiga tingkat yang menelan kos pengubahsuaian RM2 juta itu adalah pusat bagi rangkaian perniagaan mereka Wawa Cosmetic selain menempatkan ruang pejabat dan gudang penyimpanan stok.

“Proses pengubahsuaian menelan kos RM2 juta. Impian ini dimulakan sejak Jun tahun lalu lagi dan mengambil masa agak lama juga untuk siap sepenuhnya.

“Wisma ini berkonsepkan ‘French Industrial’ yang direka oleh oereka Aki Designer. saya yang mahukan konsep ini

Walaupun gembira ketelah telah mempunyai wisma sendiri, Wawa pada masa berasa sedih kerana mengakui terlalu sibuk hingga tidak dapat meluangkan masa bersama anak-anaknya.

Menerusi hantaran dalam InstaStory miliknya, Wawa berkongsi video menunjukkan anak perempuannya, Ayasoffya menangis sambil memeluk bapanya kerana berasa rindu.

“Menangis sebab rindu sangat dengan mama dan ayah yang sibuk memanjang. Maafkan saya sayang. Janji bulan puasa ini kita luangkan masa bersama.

“Hari ini pula, mahu terbang. Maaf ya. Ya Allah, rasa sangat bersalah. Serius sudah seminggu lebih saya memang tiada masa rehat.

“Anak-anak pula sudah mula bersekolah. Kami memang langsung tidak berjumpa,” katanya.

Sekadar info, Wawa dan Ariel Zafrel bernikah pada 2013 dan hasil perkahwinan mereka dikurnikan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, dan Ayya Soffya, 2 dan Jibril Ibtisam yang kini berusia tiga bulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI