fbpx

Solat jemaah secara dalam talian tidak sah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Baru-baru ini netizen dikejutkan kembali dengan satu video TikTok yang pernah tular sebelum ini memaparkan sepasang kekasih melakukan solat berjemaah secara dalam talian.

Menjelaskan perkara itu, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, solat itu tidak sah kerana tidak memenuhi syarat-syarat sah mengikut imam dalam solat berjemaah sebagaimana digariskan oleh para ulama.

Menurutnya, solat berjemaah ini sebenarnya bertujuan menghimpunkan orang-orang Islam (secara hakiki) dan ia berhajat kepada satu tempat dan bersambungnya saf antara satu sama lain.

“Justeru, tidak boleh menunaikan solat berjemaah melalui siaran langsung di televisyen atau radio atau secara dalam talian kerana ia tidak mencapai maksud seperti dikehendaki syarak.

“Tujuan pensyariatan solat Jumaat dan solat berjemaah ialah menghimpunkan manusia,” katanya menerusi artikel terbaharu dikeluarkan Portal Maktabah Al-Bakri, hari ini.

Katanya, beliau ingin menasihati semua agar sentiasa berhati-hati dalam soal agama dan merujuk kepada para alim ulama jika ada sebarang persoalan yang timbul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI