fbpx

Rumah terbakar selang seminggu dimasuki pencuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Marina (kiri) ketika dilawati Jahaya (tengah) di lokasi kebakaran.

KUALA SELANGOR – Sudah jatuh ditimpa tangga. Begitu nasib seorang pengusaha butik perkahwinan yang bukan sahaja rumah sewanya dimasuki pencuri seminggu lalu malah musnah dalam kebakaran di Batu 16 1/2, Kampung Tambak, Jeram kelmarin.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 10.10 pagi ketika Marina Mohd. Zainol, 43, berada di Johor atas urusan dialisis suaminya, Nizam Samsuri, 42.

Menurut Marina, kebakaran tersebut dimaklumkan jirannya dengan rumah berkenaan disewanya sejak dua tahun lalu.

Katanya, seminggu sebelum itu beberapa barangan seperti kamera digital lensa tunggal reflex (DSLR), mesin kimpalan, gas memasak, televisyen dan mesin pemotong rumput lepas dilarikan pencuri.

“Namun, saya bersyukur barangan pelamin tidak dicuri dan mahu menjualnya bagi menampung kos pembedahan memasang tapak ‘fistula’ untuk rawatan dialisis suami yang menghidap penyakit buah pinggang kronik tahap lima.

“Sepatutnya, semua barangan pelamin tinggal untuk di pos sahaja kerana telah mempunyai pembeli namun kini semuanya sudah hangus terbakar,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Terdahulu, Ketua UMNO Bahagian Kuala Selangor, Datuk Jahaya Ibrahim meninjau lokasi kebakaran tersebut dan menyampaikan sumbangan peribadi kepada Marina.

Jelas Marina, dia yang pasrah dengan kejadian tersebut memaklumkan akan menumpang di rumah ahli keluarganya yang lain di Larkin, Johor buat sementara waktu.

“Ini ujian hidup saya namun reda dan mungkin ada hikmah di sebalik semuanya ini,” katanya.

Justeru, orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Marina di talian 017-6121509.

Sementara itu, Jahaya yang bersimpati kejadian tersebut berharap siasatan menyeluruh dijalankan termasuk kemungkinan berlakunya khianat. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI