fbpx

MBI rangkul dua anugerah bandar rendah karbon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rumaizi (kiri) menerima anugerah yang disampaikan Tuan Ibrahim pada Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon 2021 di Kuala Lumpur semalam.

IPOH – Inisiatif Majlis Bandaraya Ipoh untuk menjadi bandar lestari diiktiraf apabila merangkul dua Anugerah Berlian pada Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon 2021 di ibu negara semalam.

MBI bersama 15 pihak berkuasa tempatan (PBT) lain tersenarai menerima anugerah daripada Kementerian Alam Sekitar dan Air melalui Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC).

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, MBI juga menjadi PBT tunggal di negeri Perak berjaya merangkul anugerah berkenaan.

Menurut beliau, kejayaan membanggakan itu diperolehi menerusi dua kategori projek sistem penuaian air hujan (SPAH) dan projek solar panel dengan kerjasama anak syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB), Gsparx.

“Ini merupakan tahun kedua MBI menyertai Program Cabaran Bandaraya Bebas Karbon 2030 dan tahun ini kita berjaya mengurangkan hampir 36 peratus pelepasan gas rumah hijau.

“Dua projek itu telah memberi impak amat positif kepada MBI khususnya dalam mengurangkan kadar bil elektrik dan air ke arah menjadikan Ipoh sebagai bandaraya bebas karbon,” ujarnya.

Pengurangan ini juga sejajar dengan pelan tindakan Ipoh ke arah Bandar Rendah Karbon 2030 yang telah dilancarkan pada tahun ini.

Menerusi pengiktirafan berkenaan, MBI telah berjaya membawa pulang hadiah berupa plak dan sijil yang disampaikan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Sri Tuan Ibrahim Tuan Man. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI