fbpx

PM ucap takziah pada keluarga mangsa nahas pesawat di China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa nahas pesawat Boeing 737-800 di wilayah Guangxi, China.

Ismail Sabri dalam satu hantaran di Twitternya berkata, beliau turut bersedih dengan perkhabaran tersebut dan turut mengucapkan takziah kepada kerajaan China.

“Saya sedih apabila mendapat perkhabaran tentang pesawat penumpang Boeing 737-800 milik China Eastern Airlines terhempas dan mengorbankan 132 penumpang dan anak kapal di Wilayah Guangxi, China semalam.

“Saya dan seluruh Keluarga Malaysia mengucapkan takziah yang mendalam kepada Kerajaan China dan keluarga mangsa. Diharap semoga tabah menghadapi ujian ini,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI