fbpx

Nahas pesawat di China tidak libatkan rakyat Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail 29 Mei 2020 menunjukkan sebuah pesawat 737-800 milik syarikat penerbangan China Eastern Airlines. - AFP

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak menerima sebarang laporan mengenai rakyat Malaysia yang terlibat dalam kejadian nahas melibatkan jet penumpang China Eastern Airlines MU5735 di Wilayah Guanxi, China semalam.

Kementerian Luar Negeri berkata, pihaknya bagaimanapun sedang memantau rapi perkembangan kemalangan tersebut melalui Kedutaan Besar Malaysia di Beijing dan Konsulat Jeneral Malaysia di Kunming, Nanning serta Guangzhou.

“Kementerian ini bagi pihak kerajaan Malaysia ingin menyampaikan ucapan takziah dan simpati kepada kerajaan Republik Rakyat China dan keluarga mangsa yang terbunuh dalam kejadian tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, KOSMO! ONLINE semalam melaporkan tentang satu kejadian nahas melibatkan sebuah pesawat yang membawa seramai 133 penumpang terhempas di bahagian barat daya China dan mencetuskan api setinggi gunung.

Penerbangan MU5735 milik China Eastern Airlines itu gagal tiba ke destinasinya di Guangzhou selepas berlepas dari bandar Kunming pukul 1 tengah hari semalam (waktu tempatan).-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI