fbpx

Longkang penuh lumpur pasca banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAMALUDDIN menunjukkan keadaan longkang yang masih dipenuhi tanah di Taman Perumahan Makmur Karak Setia di Bentong semalam.

BENTONG – Seramai 234 keluarga Taman Perumahan Makmur Karak Setia di sini kesal apabila selepas tiga bulan banjir melanda kawasan itu longkang berdekatan perumahan berkenaan masih dipenuhi lumpur.

Seorang penghuni, Jamalu­d­din Mulk Eman,45, berkata, banjir besar bermula 18 Disember tahun lalu meninggalkan impak besar apatah lagi mereka kini tertekan apabila berhadapan risiko banjir kilat susulan keadaan longkang tersumbat.

“Kami sekarang berdepan masalah longkang tersumbat akibat limpahan lumpur belum ­diselenggara oleh pihak berwajib yang menyebabkan berlakunya limpahan air di jalan jika berlaku hujan lebat.

“Ini menyusahkan penduduk dan kami berharap dan merayu pihak berkuasa berkenaan agar segera membersihkan longkang-longkang yang dipenuhi lumpur ini,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, kerja pembersihan longkang berkenaan perlu dilakukan segera memandangkan keadaan cuaca tidak menentu dan hujan yang menyebabkan kawasan rumah dilimpahi air.

Dalam pada itu seorang lagi penduduk, Azrul Riduan, 37, berkata, selain longkang tersumbat mereka juga menghadapi masalah longgokan sampah yang dibiarkan sehingga menimbulkan bau busuk.

Katanya, keadaan itu menyebabkan penduduk terpaksa mengangkut sendiri sampah menggunakan kenderaan pacuan empat roda untuk dibuang ke tempat pembuangan sampah.

“Kami berasa taman perumahan ini seolah-olah tidak dipedulikan pihak berwajib.

“Apabila tidak diselenggarakan dengan keadaan longkang tersumbat, sampah berlonggok, rumput tidak dipotong dan taman permainan rosak,” jelasnya.

Beliau menambah, pihak­nya merayu pihak berkenaan ­melakukan tanggungjawab mereka dengan segera bagi menyelesaikan masalah penghuni taman itu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI