fbpx

Pokok pisang musnah dibadai ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MD. FARICK melihat kebun pisangnya di ZPM Lok Heng, Kota Tinggi yang rosak akibat dilanda ribut kelmarin.Md. FARICK melihat kebun pisangnya di ZPM Lok Heng, Kota Tinggi yang rosak akibat dilanda ribut kelmarin.

KOTA TINGGI – Seorang pengusaha kebun pisang di Zon Pengeluaran Makanan (ZPM) Lok Heng di sini terpaksa menanggung kerugian RM250,000 selepas 5,000 pokok pisang yang diusahakan musnah dibadai ribut Ahad lalu.

Pengusaha tersebut, Md. Farick Omar berkata, tanaman pisang itu telah diusahakan sejak lebih dua tahun yang lalu di tanah seluas 16 hektar.

Lebih menyedihkan katanya, apabila pisang berangan dan pisang tanduk yang ditanam itu kebanyakan hanya menunggu masa untuk dipasarkan.

“Kami memang tidak sangka ribut kuat akan berlaku sehingga memusnahkan tanaman pisang.

“Macam-macam kami sudah lakukan untuk jaga kebun ini se­perti memasang pagar untuk elak haiwan perosak, bina parit untuk elak gajah masuk.

“Bagaimanapun, kali ini kami tidak boleh buat apa-apa kerana ini fenomena alam. Kejadian ini merupakan kali kedua pernah berlaku di sini,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Katanya, akibat kejadian itu, dia terpaksa merancang untuk membuat tanaman semula.

Tambahnya, apa yang diharapkan agar pihak Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Jabatan Pertanian dapat membantu dari segi input tanaman agar dapat meringankan beban pekebun.

“Ada kawasan yang kena ribut dan ada yang tidak, jadi kami kena susun semula sebab di sini, kami guna sistem paip, pokok besar dan kecil kena betulkan balik.

“Setakat ini, bagi tanaman pisang pasarannya amat bagus. Permintaan memang sentiasa ada, tetapi bila jadi seperti ini, kami bimbang pengeluaran makanan untuk negara turut terjejas kerana ini adalah Kawasan ZPM.

“Masa awal-awal dahulu, kami laburkan kira-kira RM600,000 modal untuk tanaman pisang, dan kini kami kerugian RM250,000. Jika pihak LPP dan Jabatan Pertanian dapat membantu, ia akan dapat kurangkan kadar kerugian untuk kami bergerak semula,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI