fbpx

Thailand keluarkan amaran demam denggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang petugas kesihatan sedang menyembur asap pembasmi nyamuk bagi menghalang penularan wabak demam denggi. – Thaiger

BANGKOK – Jabatan Kawalan Penyakit (DDC) memberi amaran terhadap penularan wabak demam denggi di Thailand yang berkemungkinan lebih teruk daripada biasa, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Menurut DDC, semua mata kini tertumpu kepada usaha untuk mencegah jangkitan Covid-19 sehingga menyebabkan risiko wabak demam denggi mungkin diabaikan.

“Bagi tahun ini,  tiga kematian akibat demam denggi telah dilaporkan. Ia merupakan separuh daripada jumlah kematian tahun lepas.

“Setiap tahun, wabak denggi bersama-sama  penyakit lain seperti cirit-birit dan strok haba meningkat dengan mendadak ketika musim panas tiba.

“Pada  tahun lepas sahaja, enam pesakit maut akibat denggi, manakala tahun ini, tiga kematian telah direkodkan dalam masa hanya tiga bulan,” kata Ketua DDC, Dr. Opas Karnkawinpong.

Menurut laporan akhbar Bangkok Post, semua tiga kematian tersebut melibatkan pesakit yang sudah sembuh daripada Covid-19 atau sedang menerima rawatan bagi virus itu.

Sementara itu, Opas berkata, antara faktor yang menjadi penyebab kepada gejala sakit yang teruk bagi demam denggi adalah penggunaan ubat anti-radang bukan steroid (NSAID).

Justeru, beliau melarang penggunaan ubat-ubat NSAID seperti ibuprofen dan aspirin berdos tinggi bagi merawat demam panas dan gejala selesema lain. Menurutnya, pesakit sebaliknya perlu mengambil pil paracetamol.

Tambah Opas, meskipun kebanyakan kes demam denggi dicatatkan dalam kalangan kanak-kanak dan golongan muda, majoriti kematian dilaporkan melibatkan warga emas, mereka yang menghidap penyakit lain serta pesakit dalam kategori obes.

“Justeru itu, orang ramai perlu membuang sebarang air yang bertakung. Ini dapat menghalang nyamuk daripada bertelur sekali gus mengurangkan risiko terkena gigitan nyamuk Aedes dan jangkitan denggi,” ujarnya. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI