fbpx

Kebaya Maudy Ayunda buat ramai ‘ternganga’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAUDY AYUNDA

PENYANYI Maudy Ayunda menjadi perhatian ramai ketika menghadiri sebuah majlis perkahwinan apabila kelihatan anggun mengenakan sepasang kebaya berwarna merah jambu.

Kebaya yang dipakai penyanyi berusia 27 tahun itu bukan sahaja menarik perhatian tetamu, bahkan turut mendapat pujian dalam kalangan rakan artis yang hadir.

Ketika menghadiri majlis perkahwinan rakan baiknya itu, Maudy turut mengenakan kain jarik dengan motif bunga-bungaan, manakala rambutnya pula disanggul tradisional ala Jawa.

“Hasil sentuhan pereka fesyen hebat Didiet Maulana,” tulis Maudy dalam Instagram miliknya.

Penampilan ayu itu sekali gus memancing komen pujian daripada para selebriti apabila memuji kecantikannya berkebaya.

“Sangat cantik!” komen penyanyi dan komposer terkenal Melly Goeslaw.

“Kamu kelihatan sangat jelita,” kata penyanyi Rossa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI