fbpx

RM10.2 juta geran BBKM disalur kepada usahawan kecil di Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOH OMAR menyampaikan BBKM kepada usahawan kecil yang terjejas akibat banjir di Temerloh di Dewan Tun Razak di Temerloh hari ini.

TEMERLOH – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) telah menyalurkan peruntukan bernilai RM10.2 juta sebagai inisiatif geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM) di negeri Pahang.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, melalui geran itu seramai 3,400 usahawan informal dan mikro di negeri ini menerima bantuan masing-masing sebanyak RM3,000.

“Geran BBKM ini disasarkan kepada peniaga yang terjejas banjir tanpa mengira kaum yang mana ia diberi secara one-off dan tidak perlu dibayar balik.

“Geran ini adalah bagi membantu meringankan beban usahawan informal dan mikro yang ketika ini terjejas akibat banjir,”katanya pada majlis penyerahan BBKM kepada lebih 500 usahawan informal dan mikro Parlimen Temerloh di Dewan Tun Razak di sini hari ini.

Menurutnya, sebanyak RM50 juta diperuntukkan untuk bantuan BBKM yang memberi manfaat kepada 16,666 usahawan informal dan mikro di seluruh negara.

Katanya, geran tersebut dibuka untuk permohonan mulai 22 Februari lalu dan ditutup pada 19 Mac lalu dengan 16,058 permohonan diterima di seluruh negara.

“Daripada jumlah itu sebanyak 9,688 permohonan telah diluluskan dengan nilai RM29.06 juta manakala bakinya berjumlah 6,370 permohonan masih dalam proses penilaian secara adil,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI