fbpx

Bayern terdesak pujuk Lewandowski

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEWANDOWSKI dibenarkan terbang ke Barcelona untuk ujian kecergasan sebelum diperkenalkan secara rasmi di Stadium Camp Nou selewat-lewatnya esok. – AFP

MUNICH – Pengarah Sukan Bayern Munich, Hasan Salihamidzic mengakui pihaknya ketika ini sedang bingung untuk memikirkan cara bagaimana untuk mengekalkan khidmat penyerang utama, Robert Lewandowski yang dilaporkan mahu berhijrah pada jendela perpindahan yang dibuka Jun depan.

Sebagai rekod, Lewandowski yang dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik dunia ketika ini masih memiliki kontrak sehingga penghujung musim depan dengan pihak Bayern terdesak untuk memastikannya menandatangani kontrak lanjutan yang baharu.

Kata Salihamidzic, dirinya selain beberapa ‘orang kanan’ Bayern seperti Oliver Kahn dan Herbert Hainer sedang ber­usaha keras untuk memujuk Lewandowski agar kekal di Allianz Arena dengan tempoh jangka panjang.

“Kami memiliki pelan serta perancangan tersendiri. Namun, buat masa ini tiada perkembangan terbaharu me­ngenai kontrak lanjutan Lewandowski dan kami gembira untuk memaklumkan situasi terkini sekiranya mendapat maklum balas positif.

“Namun, buat masa ini agak sukar buat pihak pengurusan memenuhi tuntutan gaji yang diminta oleh barisan pemain kerana situasi sekarang tidak sesuai memandangkan kita masih berada dalam fasa pandemik.

“Justeru, kami juga perlu memikirkan ekonomi serta kantung kewangan pasukan dan tidak boleh menawarkan gaji secara semberono. Malah, penyokong juga masih belum boleh hadir ke stadium dengan kapasiti penuh dan inilah realiti yang perlu kami hadapi,” katanya.

Difahamkan, Lewandowski yang telah menarik minat beberapa pasukan ternama Eropah seperti Real Madrid, Manchester City dan Liverpool mahukan gaji sebanyak €24 juta (RM115.1 juta) semusim.

Selain Lewandowski, Bayern juga mahu memberi kontrak lanjutan baharu buat Manuel Neuer, Thomas Muller dan Serge Gnabry. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN