fbpx

JPJ jamin tidak kurangkan anggota

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Datuk Zainal Azman Abu Seman (kiri) melihat resolusi sambil diperhatikan Zailani (dua kanan) pada Konvensyen JPJ 2022 di Putrajaya hari ini. - FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi jaminan tidak akan mengurangkan jumlah kakitangan dan anggotanya meskipun jabatan itu menuju ke arah pelaksanaan pendigitalan termasuk perkhidmatan kaunter.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim berkata, kakitangan JPJ yang terlibat akan ditempatkan di tempat lain seperti advokasi dan penguatkuasaan.

“Bukan bermakna kita mengurangkan kaunter, kita pecat orang. Sesetengah orang silap faham, kita gerakkan tugas dan warga kerja kita kepada aspek advokasi dan penguatkuasaan,” katanya pada sidang akhbar menghadiri selepas Konvensyen JPJ 2022 di sini hari ini.

Ditanya mengenai kekosongan perjawatan di JPJ, Zailani berkata, pengambilan dibuat pada setiap tahun memandangkan ada kakitangan bersara selain berhenti awal.

“Jika ada kekurangan, pengambilan (dibuat) melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), kita juga berkolaborasi dengan agensi seperti polis

“Kita akan mewujudkan beberapa produk berbentuk digital dan uar-uarkan melalui menteri nanti,” katanya.

Sementara itu, Zainal Azman berkata, lebih 8,000 kekosongan dengan lebih 7,000 sudah diisi di jabatan berkenaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI