MELAKA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri ini menerima 157 maklumat berkaitan salah laku termasuk penjawat awam sepanjang tahun lalu.
Pengarahnya, Mohd. Shahril Che Saad berkata, maklumat itu disalurkan Pegawai Integriti Bertauliah (CeiO) yang dilantik di setiap jabatan dan agensi kerajaan.
Katanya, seramai 17 tangkapan dibuat dengan 12 daripadanya membabitkan penjawat awam.
“Sebanyak 36 kertas pemeriksaan awal dibuka. Kita membuat tangkapan ke atas 17 individu dengan 12 daripadanya adalah penjawat membabitkan pelbagai kesalahan termasuk perolehan kerajaan dan penguatkuasaan,” katanya selepas Program Jalinan Kerjasama Antara SPRM Melaka Dengan CeiO-Memartabatkan Integiriti Dalam Perkhidmatan 2022, di pejabatnya di sini, hari in
Mohd. Shahril memberitahu, hanya 20 kertas siasatan diteruskan untuk tindakan selanjutnya.
Jelas beliau, tangkapan dibuat tidak membabitkan nilai suapan yang besar kebanyakan kes melibatkan kesalahan meminta dan menerima rasuah.
“Melihat kepada situasi semasa, kita risau trend rasuah meningkat bila kos sara hidup tinggi. Oleh itu kita pastikan dokumen dasar jabatan, pelan anti rasuah organisasi dibangunkan supaya tidak melarat,” katanya. -KOSMO! ONLINE.