fbpx

Terapi hidro bantu OKU, golongan kemampuan jalani rawatan percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che Puan Sofie Louise Johansson (empat dari kiri) memotong reben semasa Majlis Pembukaan Kolam Terapi Hidro Yokuk di Pengkalan Chepa, Kota Bharu hari ini. - ROSALWANI CHE SOH

KOTA BHARU – Yayasan Orang Kurang Upaya Dan Kurang Berkemampuan Kelantan (Yokuk) membuka sebuah kolam terapi hidro dengan menawarkan rawatan kaedah itu secara percuma bagi golongan orang kelainan upaya (OKU) dan kurang berkemampuan di negeri ini.

Pengarah Eksekutif Yokuk, Suliana Shamsuddin Alias berkata, pembukaan kolam terapi hidro pertama di Kelantan yang bernilai RM60,000 itu merupakan usaha Yokuk untuk membantu kedua-dua golongan berkenaan yang terutamanya menghidap sakit saraf, cerebral palsy dan lumpuh.

Menurutnya, fokus Yokuk adalah untuk meningkatkan kualiti hidup OKU dan golongan kurang berkemampuan di negeri ini selain memberi peluang kepada mereka menjalani terapi hidro secara percuma.

“Kebiasaannya, terapi hidro merupakan kaedah rawatan yang mahal dan tidak semua dapat menggunakan perkhidmatan ini. Jadi, kami mahu membantu memulihkan kehidupan golongan OKU kurang berkemampuan.

“Pembukaan kolam itu juga dibantu oleh pihak CIMB Islamic Bank yang menyumbang sebanyak RM400,000 empat tahun lalu,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pembukaan Kolam Terapi Hidro Yokuk di Jalan Padang Tembak, Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan oleh isteri Tengku Mahkota Kelantan, Che Puan Sofie Louise Johansson.

Mengulas lanjut, Suliana memberitahu, kolam seluas 244 meter persegi dengan kedalaman 1.4 meter itu diisi dengan air panas dan garam tanpa menggunakan klorin bagi tujuan rawatan.

Menurutnya, tiga orang pakar terapi ditempatkan di kolam itu bagi membantu golongan OKU dan kurang berkemampuan untuk untuk menjalani rawatan pemulihan.

“Masa selama satu jam diperuntukkan untuk setiap sesi rawatan dan hanya lima orang pesakit boleh menggunakan kolam itu dalam satu-satu masa.

“Kita menyasarkan seramai 5,000 orang pengguna yang berdaftar dengan Yokuk dapat menggunakan kemudahan kolam ini untuk rawatan mereka,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI