fbpx

Iqbal tak tahan tengok Zul Ariffin dikecam teruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IQBAL menyifatkan pelakon Zul Ariffin pelakon yang sangat tenang berdepan apa sahaja tekanan.

PETALING JAYA – Usahawan yang kini bergelar pelakon, Ahmad Iqbal yang terkait dalam naskhah kontroversi, Perempuan Itu mengakui tidak sanggup melihat kecam bertubi-tubi netizen terhadap aktor Zul Ariffin.

Ujar Iqbal, 27, hampir setiap hari dia akan bertemu dengan pelakon tersebut di set penggambaran dan menjadikan Zul Ariffin sebagai contoh terbaik untuk belajar menjadi seorang yang tenang.

“Saya tidak sanggup lihat Zul Ariffin dikecam bertubi-tubi. Hampir setiap hari saya menjalani penggambaran bersamanya dan setiap hari juga saya belajar menjadi orang yang tenang seperti Zul Ariffin.

“Tetapi kali ini, apabila dia memerlukan semangat, saya rasa bersalah. Walaupun mulut dan riak wajahnya tetap senyum, saya tahu dia memerlukan sokongan,” luah Iqbal menerusi hantaran dalam Instagram miliknya.

Iqbal dalam pada itu turut menyifatkan Zul Ariffin sebagai seorang pelakon paling tenang dan bersikap terbuka yang pernah dikenali selama ini.

“Dia (Zul Ariffin) bukan orang yang banyak karenah. Dia orang yang baik dan pemurah. Biarlah setuja orang memberi hentaman, tetaplah kita pilih untuk menjadi penguat untuk orang yang memerlukan semangat.

“Bukan bererti membenarkan hal yang tidak manis, tetapi jangan lupa sisi baiknya,” kata Iqbal.

Dalam hantaran berbeza, bekas pembantu peribadi usahawan sensasi Datuk Seri Vida itu turut sudi menerima dan menjadi pendengar bagi sesiapa sahaja yang memerlukan semangat untuk berkongsi masalah yang dihadapai mereka kepadanya.

Iqbal mengerti bahawa jika suatu hari dia melakukan kesilapan, pasti insan-insan yang berada disekelilingnya akan menjaduhkan diri dan membiarkan dirinya terkapai-kapai sendirian.

“Saya tahu, ada waktu pasti saya juga akan lakukan kesilapan. Tidak hari ini, di hari mendatang. Pada ketika itu semua manusia memilih untuk menjauh.

“Membiarkan saya terkapai-kapai dan cuba untuk menjadi lebih baik, tetapi ditendang,” luahnya dalam hantaran tersebut.

Terdahulu, nama Zul Ariffin tiba-tiba meledak dalam media sosial apabila berkongsi sedutan beberapa babak panas daripada drama Perempuan Itu.

Lakonannya menjadi bahan buah mulut ramai kerana memaparkan aksi yang tidak sesuai untuk disiarkan untuk tatapan umum seperti mendukung pelakon wanita Siti Hariesa dan menyuap whipping cream dalam keadaan ghairah.

Isu tersebut turut mendapat perhatian ramai pihak termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Datuk Idris Ahmad yang berpendapat babak tersebut tidak sesuai disiarkan terutama pada bulan Ramadan nanti.

Dalam perkembangan terkini, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menerusi ciapan di Twitter, hari ini memberitahu bahawa pelakon itu akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (KMM) susulan tindakan memuat naik klip video ‘panas’ di laman sosial. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI