fbpx

Tak mahu buat saringan takut positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADA individu takut untuk buat ujian saringan HIV kerana bimbang keputusannya positif. –GAMBAR HIASAN

SEBANYAK  38 peratus peserta daripada 11 negara yang menyertai satu kajian mengakui takut untuk melakukan ujian saringan HIV.

Kajian itu dilakukan oleh Roche Diagnostics terhadap 9,240 peserta yang dianggap berdepan masalah kesihatan pada tahun lepas.

Analisis data yang dikumpulkan daripada sejumlah peserta yang tidak mahu melakukan ujian saringan itu bimbang hasil pemeriksaan akan menunjukkan tanda positif.

Selain menganalisis ujian saringan HIV, penyelidik juga melihat adakah peserta pernah melakukan saringan untuk masalah hepatitis.

Hasil kajian turut menunjukkan, sebanyak 41 peratus peserta mengakui tidak mahu melakukan saringan tersebut.

Hal ini kerana, mereka mempunyai rasa takut jika dijangkiti dengan hepatitis.

Sementara itu, pasukan penyelidik turut menyertakan beberapa indikator yang menjadi penyebab peserta takut melakukan kedua-dua ujian saringan tersebut.

Antaranya adalah kurangnya maklumat tentang ujian saringan, kos saringan mahal, tidak mempunyai waktu dan takut hasil pemeriksaan menunjukkan keputusan positif.

Dalam pada itu, Penasihat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Wilayah Pasifik Barat, Rohit Sahgal menjelaskan, kesedaran dan keinginan masyarakat untuk melakukan ujian saringan terhadap penyakit kini mula menurun.

“Beberapa tahun kebelakangan ini, kesedaran masyarakat untuk melakukan ujian saringan terhadap penyakit kronik semakin berkurangan.

“Mereka seharusnya mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap perkara itu,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI