fbpx

Kedai jahit musnah dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba berjaya memadam kebakaran dari merebak ke deretan kedai berhampiran. FOTO IHSAN BOMBA KL.

KUALA LUMPUR – Sebuah rumah kedai musnah dalam satu kebakaran di sekitar Jalan Medan Midah, Taman Midah di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, sepasukan pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak, Hang Tuah, Pudu bersama tiga jentera telah ditugaskan ke lokasi kejadian.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, kebakaran melibatkan sebuah rumah kedai yang dijadikan sebagai kedai menjahit pakaian di tingkat satu bangunan tersebut.

“Kedai jahit yang terletak di tingkat satu bangunan dua tingkat tersebut musnah hampir 90 peratus dan kebakaran berkenaan tidak melibatkan sebarang mangsa.

“Anggota bomba melakukan pemadaman dengan memasuki premis termasuk dari luar bangunan. Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 7.24 pagi dari merebak ke bangunan bersebelahan dan deretan kedai berhampiran,” katanya di sini hari ini.

Tambah kenyataan tersebut, punca dan kerugian akibat kebakaran tersebut masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI