fbpx

Sistem IPRS sedang dinaik taraf versi terkini – Bukit Aman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini memaklumkan Integrated Police Reporting System (IPRS) digunakan untuk menerima laporan polis kini dalam proses naik taraf perkakasan dan perisian pangkalan data kepada versi terkini.

Timbalan Pengarah Teknikal Operasi, Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Shukri Abdullah berkata,  kerja-kerja penyelenggaraan telah dijalankan secara berfasa bermula Sabtu lalu.

“Proses menaik taraf pangkalan data terbabit telah ditetapkan di dalam kontrak penyelenggaraan sistem bagi memastikan penyampaian perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

“Pihak syarikat yang dilantik sedang menjalankan konfigurasi dan troubleshooting bagi isu-isu teknikal berbangkit susulan proses migrasi data yang besar.

“Sebarang kesukaran mengakses IPRS yang dialami merupakan gangguan sementara dan keseluruhan proses penyelenggaraan dijangka selesai dalam tempoh terdekat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, memo dalaman telah diedarkan kepada semua formasi PDRM pada 15 Mac lalu agar persediaan sistem manual dapat digunakan bagi formasi yang mengalami kesukaran mengakses IPRS dalam tempoh penyelenggaraan tersebut.

“PDRM mempunyai mekanisme proses kerja secara manual bagi memastikan kesukaran mengakses IPRS tidak menjejaskan penerimaan laporan polis.

“Orang ramai yang perlu membuat laporan polis masih boleh berurusan seperti biasa di mana-mana kaunter balai polis,” ujarnya.

Terdahulu, terdapat sebaran mesej tular di media sosial yang mendakwa IPRS milik PDRM mengalami gangguan teknikal untuk diakses di seluruh negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI