fbpx

Ancelotti akui taktikal baharu tidak menjadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANCELOTTI mengakui beberapa perubahan yang dilakukan tidak berjaya sekali gus menjadi penyumbang kepada kekalahan pada aksi El Clasico awal pagi semalam. – AFP

MADRID – Ketua Jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti memohon maaf kepada para penyokong pasukan itu susulan kekalahan memalukan 0-4 kepada Barcelona dalam saingan La Liga di Santiago Bernabeu awal pagi semalam.

Ia adalah kekalahan pertama Real di tangan Barcelona dalam enam pertembungan El Clasico terakhir antara kedua-dua pasukan sejak tewas 0-3 sewaktu separuh akhir Piala Raja Sepanyol pada 27 Februari 2019.

Ancelotti, 62, mengakui, antara punca kekalahan Los Blancos adalah disebabkan taktikalnya tidak menjadi selepas ‘bereksperimen’ meletakkan pemain tengah, Luka Modric beraksi sebagai false nine dalam aksi itu.

“Ini adalah kesalahan saya. Sukar untuk menerima kekalahan ini kerana ia adalah aksi El Clasico. Saya memohon maaf kerana tewas dalam pertempuran ini.

“Saya gagal dalam perlawanan ini tetapi saya tidak mahu menjadikan ia satu isu besar kerana kami masih memiliki kelebihan dalam saingan La Liga musim ini,” kata Ancelotti.

Real terpaksa akur tewas di laman sendiri kepada The Catalans yang berjaya meraih empat gol menerusi dua jari­ngan Pierre-Emerick Aubameyang dan masing-masing satu daripada Ronald Araujo serta Ferran Torres.

Bagaimanapun, Real masih memiliki penguasaan besar sebagai pendahulu La Liga de­ngan 66 mata, sembilan mata mengatasi pasukan tangga ke­dua, Sevilla dan 10 mata ke atas Barcelona di tempat ketiga.

“Semua pemain sedar ini bukan malam terbaik buat mereka. Kami tidak tahu apa akan terjadi dalam bulan-bulan seterusnya tetapi kami akan bangkit dan kembali memenangi perlawanan,” jelas Ancelotti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN