fbpx

Permulaan musim sempurna Ferrari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LECLERC muncul juara pada GP Bahrain awal pagi semalam sekali gus menamatkan kemarau kemenangan Ferrari sejak beberapa tahun lalu. – AFP

MANAMA, Bahrain – Pe­ngorbanan pasukan Ferrari sejak beberapa tahun lalu untuk membina jentera terbaik akhir­nya berhasil apabila pasukan yang berpangkalan di Maranello, Itali itu meraih kemenangan 1-2 pada aksi pembukaan Grand Prix (GP) Bahrain awal pagi semalam.

Penantian pelumba Ferrari, Charles Leclerc menempuhi 45 perlumbaan tanpa kemena­ngan berakhir apabila kembali me­raih kemenangan selepas mengharungi dua tahun mencabar.

Lebih menarik, pemandu kelahiran Monaco tersebut melintasi garisan penamat de­ngan kelebihan 5.5 saat mening­galkan rakan sepasukannya, Carlos Sainz di kedudukan ke­dua, manakala juara dunia tujuh kali dari Mercedes, Lewis Hamilton sekadar podium tempat ketiga.

Pada perlumbaan itu juga menyaksikan pasukan Red Bull berdepan mimpi ngeri apabila juara dunia 2021, Max Verstappen berdepan masalah mekanikal selain seorang lagi pemandu mereka, Sergio Perez turut gagal menamatkan perlumbaan.

“Dua tahun lalu adalah paling sukar buat pasukan dan kemenangan ini adalah peluang besar untuk kami kembali di atas podium dengan trofi kemenangan.

“Saya rasa luar biasa apabila kembali ke podium dengan jentera Ferrari yang berdaya saing.Terima kasih tidak terhingga kepada seluruh pasukan, anda telah melakukan kerja yang menakjubkan dan kemenangan ini adalah untuk anda semua.

“Bagaimanapun, saya akui ia adalah perlumbaan yang sukar dan saya memberikan segala­nya di atas trek. Terima kasih sekali lagi kepada pasukan yang bekerja keras sepanjang tahun lalu,” kata Leclerc.

Sementara itu, pasukan Red Bull ternyata kecewa selepas memperolah keputusan yang menghampakan pada perlumbaan pembukaan tersebut.

“Gagal mengutip sebarang mata adalah satu keputusan yang kejam dan mengecewakan. Tetapi, perkara yang positif adalah kami mempunyai jentera yang berdaya saing.

“Kami akan cuba selesaikan masalah ini untuk melakukan persiapan menjelang perlumbaan seterusnya di Grand Prix Arab Saudi Ahad nanti,” ujar ketua pasukan Red Bull, Christian Horner. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI