fbpx

Cuaca buruk di negeri Pantai Timur malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan keadaan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang bakal berlaku di Kelantan, Pahang, Sarawak, Sabah dan Labuan malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, cuaca buruk itu akan berterusan sehingga lewat malam hari ini.

Katanya, antara kawasan yang terlibat di Kelantan adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu dan Tanah Merah.

Selain itu, hujan lebat serta ribut petir dilaporkan sedang melanda sekitar negeri Pahang temasuklah Temerloh, Maran, Kuantan dan Pekan sehingga pukul 11 malam nanti.

Sementara itu, MetMalaysia meramalkan cuaca buruk yang sama bakal berlanjutan sehingga pukul 1 pagi melibatkan beberapa daerah di Sarawak, Sabah serta keseluruhan Labuan.

Oleh itu, orang ramai di kawasan terlibat dinasihatkan untuk terus berhati-hati dan sentiasa peka dengan ramalan cuaca semasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI