fbpx

Kim Pan-gon bawa 25 pemain ke Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN daripada pemain skuad Harimau Malaya yang mejalani latihan pusat di bawah Pan-gon di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur sepanjang minggu lepas.

PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan senarai 25 pemain yang akan di bawa ke Singapura untuk mengharungi dua aksi persahabatan antarabangsa menentang Filipina dan Singapura esok.

Sebagai rekod, pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon telah menyenaraikan 30 pemain, tetapi hanya pemain Johor Darul Tanzim (JDT), Syahmi Safari tidak dapat melapor diri selepas beliau meminta pengecualian dan digantikan pemain pertahanan Negeri Sembilan FC, Ahmad Khuzaimi Piee.

Sementara itu, penyerang PJ City, Darren Lok pula telah hadir melapor diri pada 14 Mac tetapi terpaksa digugurkan selepas positif ujian RTK dan PCR, sekali gus tempatnya telah digantikan dengan Zhafri Yahya dari Kuala Lumpur City.

Seterusnya, dua lagi pemain terpaksa digugurkan semasa kem latihan pusat berlangsung iaitu pemain tengah JDT, Nazmi Faiz Mansor yang mengalami kecederaan pangkal paha dan penjaga gol Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim yang disahkan positif Covid-19 tetapi Pan Gon memutuskan untuk tidak memanggil mana-mana pemain dari Senarai Bersedia untuk hadir sebagai pengganti.

Baki tiga lagi pemain yang melengkapkan senarai tidak ke Singapura ialah Hakimi Abdullah (Terengganu FC), Sharul Nazeem Zulpakar (Selangor FC) dan Shio Hong Wan (JDT).

Skuad Harimau Malaya dijadual berlepas ke Singapura esok yang mana selain dua perlawanan bertemu Filipina dan Singapura itu, satu lagi perlawanan telah diatur  menentang kelab Liga Singapura, Albirex Nigata FC pada 28 Mac. – KOSMO! ONLINE

 

INFO

 

SENARAI LENGKAP 25 pemain

 

Penjaga gol

FARIZAL MARLIAS (JDT)

KHAIRULAZHAN KHALID (Selangor)

KALAMULLAH AL-HAFIZ (PJ City)

 

Pertahanan

AIDIL ZAFUAN ABD RADZAK (JDT)

SHAHRUL SAAD (JDT)

LA’VERE CORBIN-ONG (JDT)

QUENTIN CHENG (Selangor)

KHAIR JONES (NSFC)

AHMAD KHUZAIMI PIEE (NSFC)

DOMINIC TAN (Sabah)

DION COOLS (Zulte Waregem)

 

Tengah

ZHAFRI YAHYA (KL City)

NOR AZAM ABDUL AZIH (Sri Pahang)

FAISAL ABDUL HALIM (TFC)

KOGILESWARAN RAJ (PJ City)

RAMADHAN SAIFULLAH (JDT)

MOHAMADOU SUMAREH (JDT)

AKHYAR RASHID (JDT)

ARIF AIMAN HANAPI (JDT)

SAFIQ RAHIM (JDT)

SYAMER KUTTY ABBA (JDT)

LIRIDON KRASNIQI (Odisha FC)

 

Penyerang

SAFAWI RASID (JDT)

SYAFIQ AHMAD (KDA FC)

LUQMAN HAKIM SHAMSUDIN (KV Kortrijk)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI