fbpx

Beri hukuman berat terhadap individu persenda OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Senator Ras Adiba Radzi

PETALING JAYA – Kerajaan diminta untuk meminda Seksyen 233 (1) (b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) berkenaan perbuatan memalukan fizikal seseorang, dengan memasukkan hukuman lebih berat terhadap pihak yang mempersenda golongan itu.

Senator Datuk Ras Adiba Radzi berkata, cadangan itu bagi memastikan perbuatan mempersenda dan mendiskriminasi golongan orang kelainan upaya (OKU) tidak terus berleluasa, terutama di media sosial.

“Saya ingin tegaskan di dewan yang mulia ini bahawa, tindakan berlakon seperti OKU untuk menjadi popular dan sebagai kandungan media sosial adalah satu perbuatan yang keji dan jijik.

“Ini kerana OKU juga mempunyai hati, perasaan dan sensitiviti yang harus dihormati oleh semua masyarakat,” katanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Negara hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga mahu Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang mempersenda golongan tersebut selain berusaha memastikan perkara yang sama tidak berulang lagi.

“Tindakan individu yang berterusan mempersendakan OKU sejak kebelakangan ini menunjukkan kerapuhan dan kelemahan Akta OKU 2008, yang sehingga kini tidak dibentangkan lagi di Dewan Rakyat mahupun di Dewan Negara,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI