fbpx

686 dera fizikal, 606 seksual di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Kerajaan negeri mendedahkan sebanyak 1,910 kes penderaan dan pengabaian berlaku di Selangor sepanjang tempoh setahun pandemik Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Belia dan Sukan dan Insan negeri, Mohd. Khairuddin Othman berkata, berdasarkan rekod Jabatan kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor mendapati penderaan fizikal adalah sebanyak 686, seksual (606), pengabaian (555) dan emosi (63) dari tahun Mac 2020 hingga Mac tahun lalu.

Selain itu, katanya, sejumlah 4,633 jenayah kekerasan dilaporkan menerusi statistik Polis Kontinjen Selangor sepanjang 2020 hingga 2021.

“Jenayah kekerasan paling tinggi melibatkan samun berkawan tanpa senjata api (1,798), diikuti samun tanpa bersenjata api (1,233), mencederakan (1,156), rogol (364), bunuh (80) dan samun bersenjata api (1).

“Manakala, jenayah harta benda merekodkan 13,359 kes dengan paling tinggi disumbangkan kegiatan curi motosikal sebanyak 4,123,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Mazwan Johar (PH-Sungai Ramal) mengenai gejala sosial berbangkit akibat pandemik Covid-19.

Jelas Mohd. Khairuddin, berdasarkan analisis data dari Pusat Kaunseling Selangor (PKS) terdapat peningkatan kepada pemintaan sesi kaunseling sepanjang tempoh pandemik ini dengan 2019 sebanyak 86 klien, 2020( 251) dan 2021 (214).

Ujarnya, antara aduan masalah diterima melibatkan keretakan hubungan suami isteri dan anak-anak selain isu berkaitan kesihatan mental serta psikilogi seperti kemurungan dan tekanan. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI