KUALA LUMPUR- Sebanyak 25 ekor kerbau milik Mowgli Malaysia dilaporkan mati di kediaman mereka dekat Kampung Banggol Katong, Kuala Terengganu.
Berita itu dikongsikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri menerusi hantaran Facebook miliknya tadi.
Katanya, beliau menerima khabar kerbau milik Syukur Khamis dan ayahnya mati pagi tadi selain dimaklumkan mereka berdua begitu sedih ketika ini.
“Saya ingin berpesan untuk diri saya jua dan semua yang membaca, hidup dan mati milik-Nya, jasad kita juga milik-Nya.
“Sedih itu hal biasa namun usah terlalu sedih kerana ia adalah putaran biasa kehidupan Allah,” katanya. – K! ONLINE