fbpx

Saya mohon maaf – Zul Ariffin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZUL ARIFFIN

PETALING JAYA – Menyedari khilaf sendiri, aktor sensasi Zul Ariffin memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak yang telah terkesan dengan perkongsian sedutan adegan panas menerusi drama Perempuan Itu dalam Instagramnya baru-baru ini.

Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 37, menerusi Insta Storynya memuat naik kenyataan permohonan maaf tersebut selepas mengambil kira semua reaksi yang diberikan terhadap lakonannya dalam babak drama arahan Ain Sharif itu.

“Dengan hati terbuka, saya ambil maklum di atas semua respons daripada banyak pihak berkenaan video klip yang dipaparkan sebelum ini.

Berita Berkaitan: Siti Hariesa membisu, followers IG terus mencanak naik

Saya memohon maaf kepada semua yang terkesan dengan tindakan memuat naik video berkenaan,” kata pelakon yang terkenal menerusi filem Penunggang Agama itu.

Mengambil kira pelbagai aspek, dia turut memberitahu akan lebih berwaspada dan meneliti setiap bahan atau kandungan yang diberikan terhadapnya sebelum dipromosikan kepada umum.

TANGKAP layar Insta Story Zul Ariffin tengah hari ini.

“Selepas ini, saya akan lebih meneliti dan berhati-hati untuk memuat naik sebarang bahan yang diberikan kepada saya untuk dipromosikan dalam media sosial,” katanya lagi.

Jumaat lalu, Kosmo! melaporkan nama pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu tiba-tiba meledak dalam media sosial apabila berkongsi sedutan beberapa babak panas daripada drama Perempuan Itu.

Lakonannya menjadi bahan buah mulut ramai kerana memaparkan aksi yang tidak sesuai untuk disiarkan untuk tatapan umum seperti mendukung pelakon wanita Siti Hariesa dan menyuap whipping cream dalam keadaan ghairah.

Isu tersebut turut mendapat perhatian ramai pihak termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Datuk Idris Ahmad yang berpendapat babak tersebut tidak sesuai disiarkan terutama pada bulan Ramadan nanti.

Hari ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut meminta dua kementerian untuk mengambil tindakan tegas terhadap isu video sedutan drama Perempuan Itu yang tular baru-baru ini.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd. Yusoff dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil perhatian serius terhadap isu itu dan menentang keras penyiaran program seumpamanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI