fbpx

Maskot arnab tunggu depan pagar sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelajar yang hadir memulakan sesi persekolahan penggal 1 2022/2023 di Sekolah Presint 8 (3) hari ini disambut oleh maskot arnab. /FOTO FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Maskot arnab menyambut ketibaan murid tahun satu di Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 8 (3) di sini yang memulakan sesi persekolahan penggal 2022/2023 hari ini.

Penggunaan maskot arnab tersebut adalah salah satu cara yang dilakukan pihak sekolah bagi menarik minat murid tahun satu selain usaha memujuk memandangkan ini hari pertama mereka bersekolah.

Tinjauan Kosmo! mendapati, seawal pukul 7 pagi, murid tahun satu tiba di sekolah tersebut dihantar ibu bapa masing-masing di luar pagar sekolah.

Berikutan negara masih lagi pandemik Covid-19, mereka tidak dibenarkan menghantar anak hingga ke kelas berbanding permulaan sesi persekolahan sebelum pandemik Covid-19.

Dalam masa sama, tinjauan di sekolah kedua iaitu SK Putrajaya Presint 11 (2) juga mendapati, ibu bapa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang sama iaitu tidak dibenarkan masuk melepasi pagar sekolah.

Bapa kepada murid tahun satu, Syukor Hashim, 48, berkata, ibu bapa memahami SOP yang telah ditetapkan selain menyifatkan, pembukaan sekolah adalah langkah yang baik untuk murid.

“Saya merasakan pembelajaran secara bersemuka lebih baik kerana anak akan lebih fokus kepada pembelajaran dan pengajaran. Hari ini ibu bapa tidak boleh masuk ke kawasan sekolah serta dihadkan sehingga di luar pagar.

“Jadi harapan kepada guru sentiasa sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak dalam memastikan mereka sentiasa patuh SOP. Beri motivasi dan semangat kepada murid sebab ini pertama kali kelas bersemuka secara penuh diadakan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI