fbpx

Jual ikan, sotong online sara suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TENGKU SUSILAWATI menyuap makanan kepada suaminya yang sakit dan terlantar di rumah mereka di Taman Pelindung Damai 10 dekat Beserah, Kuantan, baru-baru ini. – SHAIKH AHMAD RAZIF

KUANTAN – Bukan sedikit dugaan yang ditanggung Tengku Susilawati Tengku Omar, 43, apabila dia terpaksa menggalas tugas menyara keluarga termasuk tiga anak dan pada masa sama menjaga suami yang sakit sejak enam bulan lalu.

Kehidupan mereka ­sekeluarga berubah selepas suaminya, Tengku Azahar Tengku Husin, 44, yang sebelum ini bekerja sebagai nelayan jatuh sakit akibat penyakit kencing manis kronik.

Tengku Azahar tidak mampu berjalan kerana mengalami luka serius pada bahagian kaki sehingga bernanah akibat pe­nyakit terbabit dan perlu membuat rawatan secara berterusan.

Sejak itu, tanggungjawab me­nyara keluarga digalas Tengku Susilawati dengan berniaga hasil laut seperti ikan, sotong dan udang selain keropok serta ikan kering secara dalam talian selain membuat penghantaran dari rumah ke rumah.

Tengku Susilawati berkata, pendapatan berniaga hasil laut tidak seberapa berikutan masa untuk berniaga terbatas kerana perlu menguruskan tiga anak yang masih bersekolah serta menjaga dan merawat suami.

“Luka pada kaki suami yang bernanah perlu kerap dicuci dan disapu ubat bagi mengelak jangkitan kuman dan lukanya mere­bak,” katanya di sini semalam.

Tengku Susilawati mempu­nyai anak berusia sembilan tahun hingga 15 tahun.

Tambahnya, selain perlu membayar sewa rumah RM400 sebulan, dia juga perlu menyediakan kos perubatan suaminya kira-kira RM500 sebulan.

“Suami tidak menerima bantuan. Kami sangat berbesar hati jika ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan bagi meringankan beban kami sekeluarga,” katanya yang tinggal di Taman Pelindung Damai 10 dekat Beserah di sini.

Sehubungan itu, mereka yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank 156012460203 (Tengku Susilawati Tengku Omar) atau menghubunginya di talian 013-7172738. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI