IPOH – Impian Perak FC membuat permulaan baik pada saingan Liga Perdana 2022 tidak kesampaian apabila tumpas 1-3 kepada PDRM FC di Stadium Perak, sebentar tadi.
Perak yang mendaftar 20 pemain hanya menyenaraikan 16 pemain termasuk tiga penjaga gol berbanding pelawat yang lengkap 20 pemain.
Sang Saka Biru bermula garang dengan menyerbu ke arah kubu tuan rumah tetapi mendapati benteng Perak kental.
Selepas berjaya menyerap asakan pelawat, Perak mula mengancam PDRM dengan asakan.
Kesungguhan mereka berhasil apabila Royizzat Daud memanfaatkan kelalaian benteng PDRM semasa sepakan bebas untuk menyumbat gol pendahuluan pada minit ke-13.
Kapten, Muhammad Firdaus Saiyadi hampir meletakkan Perak 2-0 di hadapan apabila sepakannya terkena palang 13 minit kemudian. – KOSMO! ONLINE