fbpx

Jakim serah K-KOMM siasat isu drama ‘Perempuan Itu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Marzuk (kanan) selepas merasmikan Majlis Kejohanan Muay Thai di Putik, Pengkalan Chepa hari ini. FOTO ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyerahkan garis panduan dan siasatan pelaksanaan tindakan kepada pihak produksi drama berjudul ‘Perempuan Itu’ kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, bagaimanapun, daripada sudut panduan agama dan budaya, perkara seperti yang ditonjolkan dalam drama itu tidak sepatutnya dibawa ke dalam negara ini.

“Perkara itu kini sudah berada dalam pemaklumaan kita dan ia lebih melibatkan kepada garis panduan yang perlu dipatuhi oleh penyiaran di bawah K-KOMM. Jadi, kita serahkan kepada kementerian itu.

“Daripada sudut Jakim, meskipun drama atau filem tempatan bersifat universal namun, ia tidak sesuai untuk kita yang penuh budaya ketimuran dan perkara yang terjadi ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Kejohanan Muay Thai di Pusat Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Mengulas lanjut Ahmad Marzuk berkata, beliau berharap penerbit, pengarah filem dan juga pemain industri hiburan mengambil kira dengan perkara itu kerana ia amat sensitif.

Tambahnya, penularan klip video babak drama itu jelas menimbulkan keresahan masyarakat kerana ia menyentuh sentimen dan pandangan orang ramai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI