fbpx

Dua lelaki dicekup bawa 590kg daun ketum dalam Exora

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MPV jenis Proton Exora yang membawa 590 kilogram daun ketum ditahan di SJR Batu 6, Batu Melintang dekat Jeli hari ini. FOTO IHSAN POLIS

JELI – Dua lelaki ditahan selepas mereka dipercayai cuba menyeludup masuk sebanyak 590 kilogram daun ketum menggunakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) ke negeri ini di sekatan jalan raya (SJR) Batu 6, Batu Melintang di sini hari ini.

MPV jenis Proton Exora l yang dipandu dari arah Gerik ke Jeli itu ditahan kira-kira pukul 7.30 pagi tadi selepas ia dipandu dalam keadaan mencurigakan semasa tiba di SJR berkenaan.

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Arifin berkata, anggota polis yang bertugas terus mengarahkan kenderaan dinaiki dua lelaki berusia 26 dan 27 tahun itu untuk berhenti di tepi jalan.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut di dalam MPV itu telah membawa kepada penemuan beg plastik hitam yang berisi 59 bungkusan plastik lut sinar diikat dengan getah berisi daun ketum.

“Siasatan mendapati, kesemua daun ketum seberat 590 kilogram yang bernilai RM 5,900 itu dipercayai dari sebuah negeri di utara tanah air untuk dibawa masuk ke Kelantan.

“Ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI