fbpx

Lelaki terkejut jumpa mayat perempuan dalam gaung 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT dipercayai seorang perempuan ditemui dalam keadaan tertiarap bawah gaung di Kilometer 14, Jalan Lama Bukit Putus Seremban Kuala Pilah di sini, pagi tadi.

SEREMBAN – Seorang lelaki yang sedang berjoging dikejutkan dengan penemuan mayat dipercayai perempuan dalam gaung di Kilometer 14, Jalan Lama Bukit Putus Seremban Kuala Pilah di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, anggota renjer yang bertugas di kaunter Pejabat Jabatan Perhutanan Ulu Bendul Kuala Pilah menyatakan telah didatangi oleh seorang lelaki berusia 50-an pada pukul 10.50 pagi mengatakan semasa sedang berjoging dan ingin mengambil gambar telah menjumpai mayat.

“Anggota renjer dan rakannya telah ke lokasi mayat tersebut bersama lelaki tersebut, apabila sampai di tempat kejadian terdapat satu mayat perempuan dalam keadaan tertiarap.

“Kejadian berlaku di tepi Jalan Lama Bukit Putus Paroi di mana mayat dijumpai dalam gaung bawah jambatan, tempat kejadian jauh dari kawasan perumahan dan sunyi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Nanda, pihak polis bersama Unit Forensik dan Unit Anjing Pengesan (K9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan beserta bantuan dari anggota Balai Bomba Senawang telah melawat lokasi kejadian.

“Hasil siasatan awal pihak forensik tidak dapat memastikan punca kematian mangsa. Setakat ini, tidak dapat dipastikan unsur jenayah yang boleh mengaitkan dengan kematiannya,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI