fbpx

Arsenal akui mula terbayang pentas UCL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAKA (kiri) muncul wira Arsenal apabila meledak gol tunggal ketika menewaskan Villa kelmarin. – AFP

BIRMINGHAM – Bintang Arsenal, Bukayo Saka mengingatkan rakan sepasukannya agar sentiasa ‘merendah diri’ selepas berjaya mengukuhkan kedudukan mereka untuk beraksi di pentas Liga Juara-Juara (UCL) musim depan.

The Gunners kini menghuni tempat keempat Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 54 mata, berkelebihan empat mata serta satu perlawanan dalam tangan ke atas pasukan di tangga kelima, Manchester United.

Kejayaan terbaharu itu hadir selepas Arsenal merakam kemenangan tipis 1-0 ke atas Aston Villa menerusi gol tunggal daripada Saka pada minit ke-30 dalam aksi EPL di Villa Park malam kelmarin.

“Gol awal sebenarnya banyak membantu kami untuk berada dalam kedudukan selesa tetapi kami perlu cuba menamatkan perlawanan dengan lebih awal agar. Apa-apa pun tiga mata ini amat penting.

“Ia memastikan kami terus berada dalam landasan tepat untuk mencapai sasaran utama musim ini iaitu Liga Juara-Juara. Jadi, kami perlu terus merendah diri dan cuba mencapainya,” kata Saka.

Sebagai rekod, jaringan pemain sayap lincah England itu adalah gol ke-2000 Arsenal dalam sejarah penyertaan kelab Utara London tersebut di pentas EPL.

Kali terakhir Arsenal beraksi dalam kancah Liga Juara-Juara adalah sewaktu edisi 2016/2017 di bawah bimbingan Arsene Wenger yang menyaksikan mereka tersingkir seawal pusingan 16 terbaik di tangan Bayern Munich.

Skuad bimbingan Mikel Arteta itu akan bertemu Crystal Palace, Brighton dan Southampton sebelum menentang juara Eropah yang berada di tangga ketiga EPL, Chelsea pada 20 April depan.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI