fbpx

Perang Rusia-Ukraine ragut lebih 800 nyawa orang awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EDITORS NOTE: Graphic content / Ukrainian soldiers carry a dead soldier through debris at the military school hit by Russian rockets the day before, in Mykolaiv, southern Ukraine, on March 19, 2022. - Ukrainian media reported that Russian forces had carried out a large-scale air strike on Mykolaiv, killing at least 40 Ukrainian soldiers at their brigade headquarters. (Photo by BULENT KILIC / AFP)

KIEV – Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine sejak hampir sebulan lalu telah meragut sekurang-kurangnya 847 nyawa orang awam, lapor agensi berita United Press International, kelmarin.

Angka tersebut disahkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pihak berkuasa tempatan.

Jumlah kematian orang awam adalah termasuk sekurang-kurangnya 64 kanak-kanak setakat Jumaat lepas, dengan 1,399 yang lain dilaporkan cedera, demikian menurut kemas kini Pejabat Hak Asasi Manusia PBB.

Serangan artileri berat, sistem roket pelbagai pelancar dan peluru berpandu serta serangan udara telah disebut sebagai punca utama kepada kematian orang awam, kata Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia (OCHCR).

Tambah OHCHR, jumlah korban sebenar mungkin lebih tinggi memandangkan masih terdapat banyak laporan yang belum selesai didokumentasikan.

Dalam pada itu, Kementerian Luar Ukraine dalam ciapan di Twitter berkata, hampir 14,400 tentera Rusia telah terbunuh sejak pencerobohan bermula.

“Sebanyak 466 kereta kebal, 115 helikopter, 95 pesawat lain, 17 kenderaan udara tanpa pemandu, 213 butir meriam dan tiga kapal adalah antara kerugian Rusia,” demikian menurut kenyataan kementerian tersebut.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia, Mejar Jeneral Igor Konashenkov bagaimanapun pada awal bulan ini memaklumkan bahawa 498 anggotanya telah terkorban manakala 1,597 lagi dilaporkan cedera. 

Sementara bagi bilangan askar Ukraine yang terkorban pula, Konashenkov berkata, seramai 2,870 anggota telah terbunuh, 3,700 cedera dan 572 lagi ditawan telah ditawan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI