fbpx

LTdL 2022 bermula Jun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD FAIZAL (tengah) mengibarkan bendera LTdL sebagai simbolik kepada majlis pengenalan laluan LTdL 2022 di Ipoh hari ini.

Oleh LIYANA RAMLI

IPOH – Acara sukan berprestij, Le Tour de Langkawi (LTdL) 202 kembali menemui peminat apabila perlumbaan itu akan dianjurkan pada 11 hingga 18 Jun ini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, acara sukan berprestij itu tertangguh tahun lalu berikutan penularan wabak Covid-19.

Menurut beliau, saingan edisi ke-26 kali ini meliputi laluan keseluruhan sejauh 1,183 kilometer (km) melibatkan lapan peringkat bermula di Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Pahang, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan berakhir di Pulau Langkawi.

“Saya gembira apabila LTdL 2022 dapat dianjurkan hasil inisiatif Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dan syarikat penganjur, Human Voyage Sdn. Bhd.

“Apabila saya dapat tahu terdapat sedikit masalah antara PKBM dan penganjur berhubungan penganjuran LTdL 2022, ini amat merisaukan saya tetapi kita akhirnya dapat mencari jalan,” ujarnya pada sidang akhbar pengenalan laluan TLdL 2022 di sini hari ini.

AHMAD FAIZAL menunjukkan peta laluan yang akan digunakan untuk LTdL 2022.

Difahamkan, sebanyak 22 pasukan dijangka mengambil bahagian tahun ini termasuk 18 pasukan dari luar negara.

Perlumbaan peringkat pertama pada 11 Jun bermula di Kuala Lumpur ke Kuala Pilah sejauh 160km diikuti peringkat kedua dari Kuala Klawang ke Raub sejauh 170km.

Peringkat ketiga menyaksikan perlumbaan berdepan cabaran pendakian ke puncak Genting Highlands dari Putrajaya sejauh 133km.

Peringkat keempat dari Kuala Selangor ke Tambun, Ipoh merupakan laluan terpanjang sejauh 190km diikuti peringkat kelima sejauh 167km dari Kuala Kangsar ke Kulim dan peringkat kelima dari George Town-Alor Setar (148km).

Peringkat ketujuh menyaksikan satu lagi pendakian dari Kuah ke-Gunung Raya, Langkawi sejauh 105km sebelum pelumba menamatkan saingan dalam acara ‘Langkawi loop’ di Kuah, Langkawi sejauh 110km. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI