BEIJING – Seorang wanita mendedahkan kisah lucunya selepas menyedari bahawa dia selama ini menyiram air pada sebatang pokok kecil yang sebenarnya merupakan tanaman plastik, lapor akhbar Mirror UK, semalam.
Liu berkata, dia membeli tanaman itu secara online dan menjaga serta menyiram air setiap hari sejak tiga tahun lalu tanpa menyedari ia sebenarnya diperbuat daripada plastik.
Tambah Liu, dia menjaga tanaman di rumahnya itu seperti anak kecil dan sangat gembira kerana pokok itu tidak pernah layu atau berubah warna.
“Saya menyedari ia plastik apabila saya mahu berkongsi gambar tanaman itu di media sosial dan ketika saya mahu mengelus daunnya, ia keras serta tidak bergerak.
“Agak lucu sebenarnya bagaimana saya tidak menyedari pokok ini adalah plastik,” katanya. – Agensi