fbpx

Operasi LTSIP kembali normal selepas dua tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mustapa (tengah) semasa turun padang meninjau perkembangan terkini Projek Naik Taraf dan Pembesaran LTSIP di Pengkalan Chepa hari ini. FOTO YATIMIN ABDULLAH

KOTA BHARU – Penggunaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa di sini sudah kembali ke tahap normal apabila kapasiti penumpang penerbangan mencapai 100 peratus ketika ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, orang ramai yang menggunakan LTSIP dalam urusan harian mereka dan ia dilihat berlaku dengan begitu pantas.

Menurutnya, hal ini kerana, LSTIP menawarkan beberapa destinasi penerbangan terbaik untuk penumpang ke Kuala Lumpur, Subang (Selangor), Senai (Johor), Kuching (Sarawak), Kota Kinabalu (Sabah), Pulau Langkawi (Kedah) dan Pulau Pinang.

“Pemulihan (penggunaan LTSIP) berlaku cukup pantas dan ia sudah menyamai sebelum musim Covid-19.

“Situasi tersebut secara tidak langsung kembali merancakkan semula pertumbuhan ekonomi Kelantan,” katanya selepas mendengar taklimat berkait perkembangan terkini Projek Naik Taraf dan Pembesaran LTSIP, Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Hadir sama, Jabatan Kerja Raya Kelantan, Ir. Mohd. Suhaili Ismail.

Terdahulu Ahli Parlimen Jeli itu bersama Mohd. Suhaili turun padang meninjau perkembangan terkini projek berkenaan.

Mengulas lanjut, Mustapa memberitahu, meskipun projek tersebut mengalami kelewatan selama 83 hari namun, pihaknya optimis projek itu dapat disiapkan mengikut jadual.

Katanya, projek menaik taraf dan pembesaran itu mengalami sedikit kelewatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kukurangan tenaga kerja. –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI