fbpx

Pawang lakukan ritual hentikan hujan di GP Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RARA ISTI berusaha keras menjalani ritual menghentikan dan mengalihkan hujan lebat yang membasahi Litar Mandalika ketika ini.

GRAND Prix (GP) Indonesia sekali lagi mencuri tumpuan apabila kali ini khidmat pawang hujan dilihat berada dalam Litar Mandalika, Lombok untuk melakukan ritual bagi menghentikan atau mengalihkan hujan.

Pawang hujan yang dikenali sebagai Rara Isti Wulan melakukan ritual apabila ketika ini perlumbaan MotoGP yang sepatutnya bermula pukul 3 petang tadi terpaksa ditangguhkan  selepas hujan lebat membasahi keseluruhan litar.

“Kehadiran saya di sini adalah untuk menurunkan suhu agar lembab dan sejuk dengan sedikit hujan di sekitar Litar Mandalika,” kata Rara.

Difahamkan, wanita itu pernah menjadi pawang hujan ketika acara pembukaan temasya Sukan Asia 2018 di Jakarta.

Sebelum saingan MotoGP bermula, beberapa keping gambar wanita berkenaan tular di media sosial dan sedang melakukan ritual. Bagaimanapun, tindakan tersebut dilihat mendapat kebenaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI