fbpx

LTdL 2022 bermula Jun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Faizal (tengah) selepas mengumumkan pengenalan laluan TLdL 2022 di sini Ipoh hari ini.

Oleh LIYANA RAMLI

IPOH – Acara sukan berprestij, Le Tour de Langkawi (LTdL) kembali menemui peminat apabila perlumbaan itu akan dianjurkan pada 11 hingga 18 Jun ini meliputi laluan keseluruhan sejauh 1,183 kilometer.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, acara sukan berbasikal itu sebelum ini tertangguh tahun lalu berikutan penularan wabak Covid-19.

Menurut beliau, ia melibatkan lapan peringkat bermula di Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Pahang, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan berakhir di Pulau Langkawi.

“Saya gembira apabila LTdL dapat dianjurkan hasil inisiatif Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dan syarikat penganjur, Human Voyage Sdn. Bhd.

“Apabila saya dapat tahu terdapat sedikit masalah antara PKBM dan penganjur berhubungan penganjuran LTdL, ini perkara yang amat merisaukan saya tapi kita akhirnya dapat mencari jalan,”  katanya pada sidang akhir pengenalan laluan TLdL 2022 di sini hari ini.

Difahamkan sebanyak 22 pasukan dijangka mengambil bahagian tahun ini, termasuk 18 pasukan dari luar negara.

Perlumbaan peringkat pertama pada 11 Jun bermula di Kuala Lumpur ke Kuala Pilah sejauh 160kilometer, diikuti peringkat kedua dari Kuala Klawang ke Raub sejauh 170km. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI