fbpx

Pembukaan sempadan pulih sektor pelancongan Malaysia-Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mustapa (tengah) menyaksikan penyerahan repilka kunci Balai Bomba dan Penyelamat Kemahang, Tanah Merah antara Mohd. Suhaili (kiri) dan Zainal hari ini. FOTO ROSALWANI CHE SOH

TANAH MERAH- Pembukaan sempadan negara selepas memasuki fasa endemik bermula 1 April ini dijangka dapat memulihkan semula hubungan dua hala melibatkan aspek pelancongan antara Malaysia dan Thailand.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pemulihan hubungan pelancongan antara kedua-dua negara itu dijangka dapat dipulihkan dalam jangka masa enam bulan hingga setahun selepas sempadan negara dibuka.

Menurutnya, keadaan itu sekali gus dapat merancakkan semula kegiatan pelancongan kedua-dua buah negara sekali gus dapat meningkatkan semula ekonomi.

“Sebelum ini, lokasi tumpuan pelancong lengang akibat tidak dikunjungi pelancong. Kelantan mempunyai tiga pintu masuk sempadan iaitu di Rantau Panjang, Pengkalan Kubor (Tumpat) dan Bukit Bunga (Tanah Merah) yang menjadi destinasi pelancong dari Thailand.

“Apabila pintu sempadan dibuka, kawasan bebas cukai seperti di Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor yang sunyi sebelum ini pasti akan kembali meriah ekoran menerima kunjungan pelancong domestik dan luar negara,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Balai Bomba dan Penyelamat Kemahang di sini hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI