fbpx

Motif keluarkan sedutan belum disunting, supaya viral? – Umie Aida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UMIE Aida mengakui terkejut melihat babak keterlaluan dalam sedutan video drama Perempuan Itu yang dimuat naik dalam Instagram Zul Ariffin.

PETALING JAYA – Rentetan isu membabitkan adegan panas pelakon Zul Ariffin dalam drama Perempuan Itu, pelakon Datin Seri Umie Aida memberitahu, kakaknya Erma Fatima selaku penerbit ada meluahkan rasa bimbang berhubung aksi tidak menyenangkan itu.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Umie mendedahkan Erma ada meluahkan rasa risau selepas melihat sedutan aksi panas itu yang dianggap sangat keterlaluan.

“Dari awal lagi Erma luahkan rasa risaunya bila tengok sedutan cerita itu (Perempuan Itu). Dia (Erma) kata mereka (berlakon) sangat ‘daring’.

“Saya pesan kepadanya, sebagai penerbit kena tegas dan maklumkan pada mereka untuk berlakon atas landasan yang dibenarkan,” tulis Umie.

Kata Umie lagi, lebih mengecewakan apabila terdapat pihak sanggup keluarkan footage (sedutan) aksi panas itu yang hendak dipotong oleh Erma daripada editor tanpa keizinan pihak penerbit dan memuat naik dalam Instagram.

“Motif keluarkan sedutan yang belum disunting dan teruja dengan babak yang kurang indah itu untuk dikongsikan supaya viral?

“Saya sempat tengok hantaran tersebut dalam Instagram aktor (Zul Ariffin). Saya terus komen pada Erma, dah gila ke?” kata Umie.

Ekoran itu, Umie berkata, beberapa pihak yang terlibat harus ke hadapan dan memberi penjelasan tentang sedutan tersebut.

Jelasnya lagi, screenplay (lakon layar) dibuat oleh pengarah, bukannya penulis skrip atau penerbit.

Sebagai pelakon pula, mereka wajar menolak babak yang di luar kewarasan.

“Semoga menjadi pengajaran buat kita semua,” kata Umie sambil meninggalkan tanda pagar #nilasetitikrosaksususebelanga.

Terdahulu, pelakon utama drama Perempuan Itu iaitu Zul Ariffin mencetuskan kekecohan dalam media sosial apabila memuat naik sedutan adegan panasnya bersama pelakon baharu, Siti Hariesa.

Antara aksi yang dianggap keterlaluan ialah ketika Zul mendukung Hariesa dan babak menyuap whipping cream.

Rata-rata orang ramai memberi reaksi negatif dan membantah sekiranya babak tersebut ditayangkan kepada umum.

Video tersebut turut mendapat teguran daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Datuk Idris Ahmad yang berpendapat babak tersebut tidak sesuai disiarkan terutama pada bulan Ramadan nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI