fbpx

Hakim Danish terus dominasi Mandalika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAKIM DANISH terus mendominasi saingan ATC di GP Indonesia apabila meraih kemenangan kedua sebentar tadi selepas semalam turut mencatat kejayaan sama.

PETALING JAYA – Pelumba cilik negara, Hakim Danish Ramli sekali lagi membuktikan kemampuan terbaiknya selepas memenangi Perlumbaan 2 Asia Talent Cup pada Grand Prix (GP) Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika sebentar tadi.

Lebih membanggakan ini adalah kemenangan kedua berturut-turut buat pelumba kelahiran Terengganu di Mandalika apabila mempamerkan tunggang cukup sempurna apabila terus memecut laju untuk memimpin perlumbaan sejak awal saingan.

Meskipun sedikit ketinggalan di pertengahan perlumbaan, namun Hakim bijak mengawal tekanan sebelum berjaya mengatasi dua pelumba Jepun di hadapannya dan mengakhiri saingan dengan catatan 28 minit 06.916 saat (s).

Pelumba Jepun, Gun Mie yang memberi tekanan kepada Hakim pada saingan tersebut terpaksa berpuas hati mengakhiri perlumbaan tempat kedua, manakala Shinya Ezawa di tempat ketiga.

Menerusi dua kemenangan berturut-turut tersebut, Danish kini memimpin carta teratas keseluruhan selepas mengumpul 72 mata dan meninggalkan Ezawa di kedudukan kedua dengan perbezaan satu mata.

Seorang lagi pelumba Jepun, Amon Odaki kini berada di kedudukan ketiga keseluruhan dengan mengumpul 54 mata.

Sementara itu, seorang lagi pelumba negara, Farish Hafiy Farid Sezli mengakhiri saingan tempat ke-13 dan Emil Izdhar Ezuan tempat ke-15, manakala Farres Putra Fadhill gagal menamatkan saingan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI