fbpx

TV3 pandang serius isu adegan panas drama Perempuan Itu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak TV3 memberitahu adegan panas yang dimuat naik semalam tidak pernah dibincangkan bersama.

PETALING JAYA – Stesen Televisyen Malaysia (TV3) menegaskan adegan panas drama Perempuan Itu tidak sesuai dijadikan sebagai bahan tontonan umum mahupun untuk promosi.

Stesen televisyen tersebut menerusi satu kenyataan memberitahu pihaknya memandang serius isu tersebut terutama selepas video tersebut tular sehingga menjadi bahan kecaman ramai.

“Televisyen Malaysia Berhad (TV3) memandang serius dan mengambil berat akan suara dan pandangan orang ramai mengenai video dalam petikan adegan drama Perempuan Itu.

“Adegan yang dipaparkan sememangnya tidak sesuai untuk disiarkan apatah lagi bagi tujuan promosi,” katanya.

Tambahnya, aksi panas tersebut juga tidak pernah dibincangkan atau mendapat kelulusan pihak stesen untuk ditayang kepada umum.

“Adegan tersebut tiada dalam perbincangan atau mendapat kelulusan daripada pihak stesen.

Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana pengisian drama-drama tempatan perlu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).

“Kami juga mengingatkan semua pihak yang meliputi produksi dan para pelakon supaya menjadi lebih peka kepada tindak-tanduk yang dilakukan serta menjaga sensitiviti agama dan masyarakat terutamanya dalam menjayakan mana-mana drama,” katanya lagi.

Terdahulu, teraju utama drama tersebut iaitu Zul Ariffin mencetuskan kekecohan dalam media sosial apabila memuat naik sedutan adegan panasnya bersama pelakon baru, Siti Hariesa.

Antara aksi yang dianggap keterlaluan ialah ketika Zul mendukung Hariesa dan babak menyuap whipping cream.

Rata-rata orang ramai memberi reaksi negatif dan membantah sekiranya babak tersebut ditayangkan kepada umum.

Video tersebut turut mendapat teguran daripafa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Datuk Idris Ahmad yang berpendapat babak tersebut tidak sesuai disiarkan terutama pada bulan Ramadan nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI