fbpx

Bangkai beruang berusia 39,000 tahun ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MOSCOW – Dua bangkai beruang gua termasuk seekor anak yang dianggarkan berusia kira-kira 39,000 tahun ditemui di Siberia, menurut laporan Daily Star baru-baru ini.

Kedua-dua bangkai itu ditemui oleh sekumpulan penternak rusa salji di kawasan tanah besar Yakutia, menurut saintis Rusia.

Sebelum ini, kumpulan penyelidik cuma menemui tulang peninggalan haiwan purba termasuk beruang di kawasan berkenaan.

Penyelidik menyatakan ini adalah kali pertama mereka menemui dua bangkai beruang dalam keadaan sempurna termasuk masih mempunyai hidung dan gigi.

Saintis, Dr. Lena Grigorieva memberitahu The Siberian Times bahawa: “Ini adalah satu bangkai beruang lengkap yang pertama ditemui dalam keadaan baik dan masih memiliki tisu lembut.

“Ia terpelihara dengan baik (dalam ais) dengan semua organ dalaman pada kedudukan asal dalam badan. Gambar dikongsi menunjukkan hidungnya masih ada.

“Sebelum ini, kami cuma jumpa tulang haiwan purba ini,” katanya yang memberitahu penemuan itu adalah ‘paling penting bagi seluruh dunia’.

Beruang gua ialah spesies haiwan prasejarah yang pernah hidup di benua Asia dan Eropah kira-kira 300,000 hingga 15,000 tahun lalu.

Peninggalan bangkai itu akan dikaji saintis di Universiti Persekutuan Utara-Timur Rusia di Yakutsk, bandar paling sejuk di dunia.

Beberapa saintis asing akan dijemput untuk membantu kajian haiwan purba itu, kata Grigorieva dari Institut Asasi Ekologi di universiti berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI