LUMUT – Peniaga yang menaikkan harga tepung tidak bersubsidi tanpa mematuhi perundangan pencatutan boleh dikenakan tindakan undang-undang. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, mereka boleh didakwa melakukan kesalahan mencatut di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011. Menurut Alexander, KPDNHEP sentiasa memantau harga tepung bersubsidi memandangkan ia untuk kegunaan golongan berpendapatan rendah. Bagaimanapun, beliau memaklumkan, KPDNHEP tidak memantau harga tepung tidak bersubsidi, namun pihaknya akan mengambil tindakan sekiranya terdapat aduan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya