fbpx

70 peratus muka baharu sebagai calon PRU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid berucap pada penggulungan Persidangan Agung UMNO 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 70 peratus muka baharu calon UMNO dan Barisan Nasional (BN) bakal dinamakan sempena Pilihan Raya Umum (PRU-15) tidak lama lagi.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, tiga sayap, Pemuda, Wanita serta Puteri UMNO tidak perlu risau kerana Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti akan mempertimbangkan calon sebaik mungkin.

“Sebanyak 70 peratus akan menjadi calon nanti. Jangan risau pemuda, jangan risau puteri. Yang 50 tahun keatas, calon yang boleh menang juga kita akan pertimbangkan,” katanya ketika ucapan penggulungan Presiden di Perhimpunan Agong UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, UMNO ketika ini mahukan PRU15 diadakan segera tanpa berdolak-dalih dan berkias-kias.

Katanya, bayangan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 yang berlangsung selama empat hari ini adalah kali terakhir sebelum semboyan pilihan raya digerakkkan.

Ujarnya, tarikh PRU-15 akan dibincangkan pada peringkat ‘Top Five’ UMNO sebelum dibawa dan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan Seri Paduka.

“Kestabilan adalah asas kepada segala-galanya jika tiada kestabilan atau rapuh, apa yang dirancang akan ke longkang, segala diatur akan tersungkur, segala yang disyor akan berkubur.

“Tanpa kestabilan, PM yang terbaikpun akan menghadapi kecelaruan,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu turut menolak dakwaan berlaku perpecahan di antara ‘Top Five’ kepimpinan UMNO, sambil mengesahkan sering mengadakan pertemuan di antara mereka sebulan sekali.

“Saya ingin mengesahkan kami tidak berpecah, ‘Top Five’ selalu bertemu sekurang-kurangnya sebulan sekali, presiden timbalan presiden dan tiga naib presiden bertemu.

“Saya berkongsi maklumat dengan rakan-rakan dalam politik ataupun jawatankuasa. Kita juga ada pasukan ‘task force’, yang memikirkan isu-isu yang dibangkit.

“Ingin saya nyatakan di sini, yakinlah, selagi ‘Top Five’ bersatu hati sentiasa mengadakan perbincangan insya-Allah. Kelima-lima kami akan menjaga parti dan memberikan keutamaan pada akar umbi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI