SEBELUM ini, hanya Aina Abdul yang sering muncul dengan imej pelik tetapi kini industri tanah air didatangi kehadiran seorang lagi selebriti berfesyen aneh.
Inginkan kelainan, tetapi nampaknya pendekatan Datuk Seri Vida dikecam hebat sehingga dituduh ingin meniru Aina.
Bermula dengan gaya ‘hakikat beli barang online’ dalam Big Stage, kini muncul pula teaser video muzik terbaharunya berjudul Ku Ikhlaskan dengan pakaian macam badut kena sarkas.
Nampaknya dia memang tidak serik dan kalis sungguh dengan kecaman. Semakin dikutuk semakin menjadi-jadi.
“Hanya Aina sahaja yang aku terima untuk berfesyen pelik-pelik,” komen seorang netizen.
“Rasa tak sabar pula nak tonton video muzik ini. Harap Vida tak mengecewakan ramai,” pinta seorang lagi pengguna TikTok.
Rasa-rasanya siapa hero untuk video muzik ini ya?
DIVA: Rasa seriau bulu tengkuk lepas tengok video teaser drama baharu Zul Ariffin. Daring sungguh!